February 01, 2011

Krisis Mesir | Selamatkan Nasib Pelajar Kita

"Bismillahirrahmanirrahim"
"In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful"


Hallo2! Minta perhatian semua,kepada semua Bloggers Seluruh Malaysia, minta jasa baik korang semua untuk sama-sama sebarkan maklumat menyenai Egypt dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini..

Rakyat Malaysia di sana amat memerlukan bantuan kerajaan.. 
Ketepikan seketika perkara-perkara remeh yang kita sedangkan fikirkan, ada perkara yg lebih serius kita perlu ketengahkan sekarang.. 

Mungkin ada yang pertikaikan.. "xde kena mengena dgn kita" but beware,sanggup ke korang nak tgk rakyat sebangsa dgn kita berhadapan dengan krisis itu?? di mana ihsan kita wey??huhu
ayuh bangkit semua,buka mata,muka minda..


lau ada yg xsedar lagi 2,rasenya da bley baca nie::




Krisis Mesir-Egypt::







Keadaan Pelajar Malaysia Di Sana::
setakat ini,link ini sahaja dapat saya kongsikan untuk semua, kalau ada update tentang isu ini,saya akan kongsikan dari semasa ke semasa..


Kalau boleh biar satu Malaysia tahu krisis Egypt nie,sebab ianya sangat3x penting.!!
Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 10 000 pelajar Malaysia di sana. Saya harap dengan tersebarnya maklumat ini,pihak kerajaan dapat mengambil langkah yang sewajarnya demi keselamatan sedara kita di sana..

kalau nak tengok video krisis Egypt ni,tekan kat SINI!
jangan lupa untuk melawat ::



kawan-kawan Falahiah,jiran-jiran ku..bersabar ye..
"Ya Allah,selamatkan mereka yang terkandas di sana,sesungguhnya Kamu tidak akan menguji hamba-hambaMu sekiranya mereka tidak mampu memikulnya..amin..
kami di sini akan sentiasa bersama kamu semua.. InsyaAllah =)

3 comments:

  1. ayat ni matured semacam je..amir afham ke ni? ngeee..

    neway,semoga mereka selamat disana..

    ReplyDelete
  2. hahaha!!
    teremosi lak seketika..ngee

    aminn

    ReplyDelete
  3. Kerajaan akan bawa balik pelajar Malaysia
    Utusan Malaysia online melaporkan




    Posted by MedicMesir at 07:51
    Makluman dari Ummi di Cairo
    1hb Feb. 8pagi, satu mesyuarat telah diadakan di Rumah Negeri Pahang dipengerusikan oleh SetPol PM, Dato' Sahlan, dgn di hadiri oleh En. Shamsul, Tn. Hj Shahrudin dan pegawai-pegawai negeri serta Ummi MedicMesir. Antara yang diputuskan adalah:-
    1. Mengeluarkan semua pelajar keluar dari Mesir secara berperingkat
    2. Mempastikan keselamatan pelajar terjamin. Untuk itu beberapa penempatan telah dikenal pasti iaitu:-

    * Kaherah : Dewan Malaysia dan rumah-rumah negeri
    * Alexandria : Bngn MARA
    * Mansoura : Bngn Yayasan Terengganu
    * Tanta : Bngn MedicMesir

    Semua bangunan ini akan dijadikan penempatan sementara. Sekiranya keadaan semakin meruncing pihak kedutaan akan menambahkan tahap keselamatan di setiap bangunan ini.

    3. Kerajaan Malaysia dalam masa terdekat akan berusaha untuk mendapatkan stok makanan yang secukupnya dan akan diagihkan mengikut muhafazah masing-masing
    4. Semua pelajar diminta mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya tidak keluar pada waktu yang diwartakan sebagai "waktu berkurung"
    5. Pihak kedutaan dan kerajaan Malaysia akan mempastikan kebajikan semua pelajar terjamin TANPA mengira latarbelakang negeri asal dan tajaan.
    6. Semua wakil muhafazah perlu membekalkan data maklumat yang tepat kepada pihak kedutaan
    7. Jika perlu pihak kedutaan akan menyewa bangunan tambahan untuk menampung jumlah bilangan pelajar yang ramai
    8. Memandangkan pemindahan pelajar bukan satu proses yang mudah, maka, segala urusan logistik dan pergerakan perlu kepada perancang yang tersusun.
    9. Mesyuarat juga dimaklumkan akan terdapat makluman yang disebarkan di Malaysia sebagai tidak benar. Oleh itu, adalah dinasihatkan agar semua pihak bertanggungjawab mempastikan kesahihan fakta sebelum dihebahkan. Antaranya:-

    * Ada pelajar Malaysia di rogol.
    * Rumah negeri Sabah di bom
    * Airport Alex di bom
    * Pelajar mati di tembak, dan banyak lagi...

    10. Akhirnya, Pengerusi, YBhg. Dato Sahlan, berharap agar kemelut ini akan berakhir dalam masa terdekat. Mohon semua berdoa agar diberi kelancaran proses yang dirancang.

    Salam Ikhlas
    UmmiMM, dari Kaherah.

    ReplyDelete